Rancangan Mengajar 
1.4 Rancangan Pengajaran Harian.
| 1.4.1TAHUN | 1 CEMERLANG | 
| MATA PELAJARAN | BAHASA MELAYU | 
| TARIKH | 17  APRIL 2012 | 
| HARI | SELASA | 
| MASA | 8.30– 9.30 | 
| JUMLAH MURID | 35 ORANG | 
| TEMA | BERSIH DAN SIHAT | 
| TAJUK | KEBERSIHAN   DIRI | 
| KEMAHIRAN BAHASA | TATABAHASA | 
| PENGETAHUAN SEDIA ADA | Murid selalu   menjaga kebersihan diri | 
| ELEMEN MERENTAS KURIKULUM | Keusahawanan | 
| FOKUS UTAMA | Standard  Kandungan | 5.1 | Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. | 
| Standard  Pembelajaran | 5.1.1 | Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut   konteks. | 
| OBJEKTIF | Pada akhir   pengajaran, murid dapat: | 
|  i.    menggunakan kata nama am yang mengandungi dua atau lebih         suku kata terbuka dan tertutup  dalam pelbagai situasi. | |
|   ii.  menyenaraikan kata nama am mengikut   kategori. | 
| PENGISIAN KURIKULUM |         i.    Ilmu:  Muzik dan   Sains | 
|     ii.   KBT:    Belajar Cara Belajar | |
| SISTEM BAHASA | Tatabahasa:  Kata nama am                       | 
| MEDIA | Petikan lagu,   kad perkataan, dan lembaran kerja | 
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
| LANGKAH | AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN / ALATAN | |||
| Set Induksi ( 3 minit) | a.       Murid menyebut nama benda yang ditunjukkan   oleh guru. b.         Murid menyatakan   kegunaan alat tersebut. | Berus gigi Ubat gigi | ||||
| Langkah 1 (10 minit) | Menyanyi Lagu a.    Guru   menampal seni kata lagu pada papan putih. b.    Murid   menyanyi lagu  kebersihan  ’Lompat Si Katak Lompat’ dengan bimbingan   guru. (Lampiran 1) c.    Murid   menyanyikan lagu         kebersihan   secara beramai-ramai. d.      Beberapa orang murid menyanyikan lagu kebersihan secara individu. e.    Guru   menerangkan kata nama am yang   terdapat   dalam lagu tersebut. f.     Murid   menyebut semula kata nama am  yang   dipamerkan oleh guru secara kelas. | Ilmu:   Pendidikan Moral,         Pendidikan Muzik Nilai:    Bekerjasama KBT:   Kemahiran berfikir  | Lampiran 1 | |||
| Langkah 2 (15 minit) | Permainan Peti   Undi a.    Murid diagihkan kepada empat kumpulan   secara berbaris. b.    Setiap   kumpulan diberi sebuah kotak  yang   mengandungi pelbagai kad kata  nama am   seperti dalam Lampiran 2. c.    Kotak tersebut akan diedarkan oleh   seorang murid kepada murid yang lain   apabila guru membunyikan muzik meniup   wisel.  | Ilmu: Pendidikan Moral Nilai: Kerjasama | Kad perkataan dalam kotak undi  Lampiran 2 | |||
| LANGKAH | AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN / ALATAN | |||
| d.    Apabila   muzik / wisel berhenti, murid  akan   memilih satu kata nama am lalu    memasukkan ke dalam kotak yang disediakan oleh guru mengikut kategori   (binatang, tempat, orang, benda) e.    Guru meminta   murid mengulangi aktiviti di atas sehingga semua kumpulan  selesai membuat aktiviti. f.     Guru meminta ketua kumpulan menampal   kad-kad tersebut pada papan hitam mengikut kategori. g.    Guru memberi komen kepada hasil kerja   setiap kumpulan dan memberi pujian kepada kumpulan yang dapat menjawab semua   soalan dengan betul. h.    Murid   membaca kad kata nama am mengikut kategori secara kelas. | KBT:  Kemahiran Berfikir (Mengumpul dan mengelas) Kinestatik | Cara permainan Peti undi | ||||
| Langkah 3 (14 minit) | Membaca kata nama am a.      Beberapa orang murid diminta tampil    ke hadapan untuk menyebut dengan betul kata nama am yang ditunjuk oleh   guru secara individu. b.      Murid diminta menyebut kata nama am yang ditunjukkan oleh guru secara   kelas.  | Ilmu:Pendidikan Moral Nilai:Berdikari | Kad kata nama am. | |||
| Langkah 4 (15 minit) | Membaca dan   membina ayat a.    Setiap   kumpulan diberikan kad kata  nama am   dan diminta berbincang untuk  membina   ayat berdasarkan kata nama am tersebut. b.    Ketua   kumpulan diminta menulis semula    ayat  yang telah dibina oleh   kumpulan  masing-masing pada papan   tulis. c.    Guru   memberi komen dan membuat   pembetulan   ayat yang telah dibina oleh  setiap   kumpulan. | Ilmu: PSK, P.Moral Nilai: Bekerjasama | Kad kata nama am | 
| LANGKAH | AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN / ALATAN | 
| d.    Murid menulis ayat yang telah  diperbetulkan oleh guru  dalam buku     latihan masing-masing tanpa membuat      sebarang kesalahan   tanda baca dan   ejaan. | |||
| Penutup (3 minit) | a.      Murid menyanyikan lagu ”Lompat Si Katak   Lompat” | ||
| Pentaksiran | a. Guru mengedarkan lembaran kerja   kepada murid-murid. b. Murid diminta menyenaraikan kata nama am mengikut   kategori.  | Nilai: Berdikari KBT:  Kemahiran Berfikir (Mengumpul dan mengelas) |  Lampiran 3 | 
| Pemulihan | a.  Murid diminta   memadankan         gambar dengan   perkataan.  | Nilai: Berdikari | Lampiran 4 | 
| Pengayaan | a.  Murid diminta   mengisi tempat       kosong   berpandukan gambar. | Nilai: Berdikari | Lampiran 5 | 
Refleksi: Pengajaran dan pembelajarar pada hari ini amat menyeronokan.  Murid  menunjukkan minat  sepanjang sese pengajaran dan pembelajaran.
Impak : 33   dari 35 orang murid dapat menyenaraikan  kata nama yang terdapat  dalam petikan. Sementara dua orang murid lagi diberi  bimbingan oleh guru.
- SILA KLIK UNTUK MELIHAT LEMBARAN KERJA -
- SILA KLIK UNTUK MELIHAT LEMBARAN KERJA -
 
No comments:
Post a Comment